.

Tuesday, February 17, 2009

Tingkat 4

16/2/09
Tun menulis berkenaan penghuni-penghuni ditingkat empat yang begitu sinonim dengan pak lah. Saya cuma ulas sahaja.


1. Terdapat kegelisahan di Tingkat Empat. Selama lima tahun lebih, Tingkat Empat kadang-kadang lebih berkuasa daripada Kabinet atau Majlis Tertinggi UMNO. Mereka dapat tentukan dasar dan tindakan Kerajaan. Menteri-menteri kerap meminta pertolongan mereka dan pegawai tinggi Kerajaan merujuk kepada mereka sebelum membuat keputusan. Kontraktor melobi dengan mereka untuk mendapat kontrak dan pelabur juga mengguna khidmat mereka untuk mendapat kelulusan.

Tun memulakan penulisannya dengan memberi serangan terus kepada penghuni2 ditingkat empat. Serangan ini adalah secara terang dan bertalu-talu.

2. Dalam semua ini terdapat banyak peluang untuk memperkayakan diri.

Tuduhan juga dibuat secara terang.

3. Sesungguhnya tidak ada yang lebih memuaskan nafsu daripada kuasa tanpa tanggungjawab.

Mereka yang berada di tingkat 4 adalah terdiri dari mereka yang mementingkan wang ringgit dan harta semata-mata.

4. Malangnya, jika benarlah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan pada bulan Mac maka segala-gala kuasa ini akan hilang. Ini adalah satu malapetaka bagi Tingkat Empat. Apakah nasib mereka selepas Mac? Apakah mereka akan berdiam diri dan membenar malapetaka ini timpa mereka dengan begitu sahaja? Tidak adakah sesuatu yang boleh dilakukan oleh mereka untuk menangkis musibah ini?

3 soalan ditanya serentak dalam satu perenggan.

5. Seperti biasa, terdapat banyak berita angin akan perancangan mereka. Jika boleh, mereka akan halang peralihan kuasa, sekurang-kurangnya buat sekian lama.

Kemungkinan benar. Tetapi sila baca mengenai perutusan DYMM Sultan Mizan mengenai peralihan kuasa. Sultan Mizan mengharapkan peralihan kuasa berjalan dengan lancar. Ini seolah-olah satu "check-mate" kepada Pak Lah.


6. Kata berita angin mereka sedang menasihat Dato Seri Abdullah supaya tidak letak jawatan apabila sahaja Dato Seri Najib Razak jadi Presiden parti. Kata mereka tidak semestinya Presiden parti jadi Perdana Menteri. Ini bukan syarat dalam perlembagaan negara. Ia hanya amalan parti tanpa peruntukan tertulis. Yang menentu segala-galanya ialah Perdana Menteri. Jikalau Perdana Menteri tidak letak jawatan itu haknya, sepertimana memilih menteri atau timbalan perdana menteri adalah haknya. Biasa terjadi yang dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri bukan Timbalan Presiden UMNO.

Ia mungkin boleh berlaku. Presiden parti tak semestinya perdana menteri dan sebaliknya.
Sekiranya tidak berlaku peralihan kuasa, kemungkinan idea ini digunapakai adalah tinggi.

7. Apakah Najib akan memberontak? Tidak. Jika ia ternampak akan memberontak ada cara untuk melawannya. Jika dapat dicetuskan keadaan tertentu, seperti rusuhan atau huru-hara, ini boleh dijadikan alasan untuk Dato Seri Abdullah tidak letak jawatan. Ramai ahli UMNO dan ahli Majlis Tertinggi pasti akan sokong Dato Seri Abdullah. Mereka semua terhutang bukan sahaja budi kepadanya.

Dato' Seri Najib adalah seorang pengikut yang setia. Beliau sudah pasti tidak akan memberontak. Tapi kemungkinan jugak itu adalah strategi beliau.

8. Mungkin ada antara ahli UMNO yang menentang kuat dan bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam parti atau dalam Parlimen. UMNO boleh ditangani melalui cara biasa. Jika terpaksa hilang berjuta pun tak mengapa kerana kuasa Tingkat Empat boleh menampung dengan punca-punca yang sudah ada. Apa gunanya wang jika kuasa untuk mendapatnya sudah hilang?

Duit addalah segala-galanya.

9. Jika ahli Parlimen pula bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam Parlimen, ini tidak mungkin berjaya. Sebahagian daripada ahli Parlimen BN mungkin tidak akan sokong tindakan ini. Ahli parti lawan memang hendak Dato Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri. Mereka telah pun menyatakan sokongan mereka. Hadi Awang, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim telah menyatakannya secara terbuka.

Ini saya setuju. Pemimpin pembangkan secara terbuka menyatakan sokongan penuh kepada pak lah. Anuar Ibrahim, Karpal Singh, Lim kit siang dan nik aziz jugak menyokong penuh kepimpinan Pak Lah. Dan mereka ini sudah pasti akan menyokong Pak lah sehingggalah PRU13.

10. Dengan sokongan ahli parti lawan kepada Dato Seri Abdullah, sukar bagi BN mendapat cukup bilangan untuk meluluskan undi tidak percaya.

mustahil akan berlaku selagi pembangkang jugak menyokong pak lah.

11. Jika undi tidak percaya dalam Parlimen tidak berjaya, Abdullah akan jadi PM yang amat lemah, kerana memerlukan sokongan parti lawan untuk meluluskan sebarang undang-undang yang dibawa ke dewan rakyat.

jangan biarkan ini berlaku

12. Kita sudah lihat bagaimana kelemahan Kerajaan pimpinan Abdullah telah memberanikan semua pihak untuk membangkitkan berbagai kontroversi yang mengugat kestabilan Negara. Keadaan Negara akan hampir kepada tahap tidak ada Kerajaan dan tidak ada undang-undang apabila Kerajaan Abdullah menjadi lebih lemah.

Sudah ketara ketika ini. amat berbeza dengan kepimpinan Tun.

13. Di masa yang sama Negara akan hadapi krisis kewangan dan ekonomi yang lebih teruk dari 1997-1998. Pentadbiran yang lemah tidak mungkin tangani kemerosotan ekonomi yang jauh lebih teruk dari 1997-98. Rakyat akan menderita kerana peningkatan pengangguran dan bankrap. Jenayah akan bertambah dan keselamatan negara akan tergugat.

Jenayah akan berlaku apabila seseorang terdesak dari segi ekonomi. Pengangguran menyebabkan ketidakstabilan. Ketidakstabilan akan sebabkan jenayah. ditambah pulak dengan pendatang asing. akan lumpuh malaysia satu ketika nanti. harap tidak berlaku.

14. Bagi Tingkat Empat huru-hara dalam Negara tidak mengapa asalkan mereka dapat kekal sebagai kuasa dibelakang Perdana Menteri.

Ada duit selesai masalah.

15. Mungkin cerita-cerita berkenaan usaha Tingkat Empat untuk mengekalkan Abdullah sebagai Perdana Menteri selepas Najib jadi Presiden UMNO hanya rekaan orang-orang tertentu, wallahuwaalam. Demikian jugalah dengan Labu. Si-Luncai pun terjun dengan segala-galanya.

Agak sukar difahami. Boleh sesiapa terangkan pada saya?

Monday, February 16, 2009

Fitnah

Pada 15 Feb 2009, Tun Mahathir telah menulis berkenaan Fitnah.
Mari kita terjah cara penulisan Tun hehehe.



1. Someone drew my attention to an article in a business weekly pullout recently. It is about a book on his father, Tun Dr Ismail Abdul Rahman by the Tun's eldest son, Tawfik Ismail.

Tun memulakan dengan pengenalan ringkas mengenai anak Tun Dr Ismail Abdul Rahman iaitu tawfik.

2. In the interview Tawfik took the opportunity to make out what a monster I was.

OHhh sebab Tun menulis pasal si Tawfik ini adalah kerana Tawfik telah menuduh Tun sebagai seorang yang teruk.

3. I quote below extracts of what he said happened when he was dropped as a Member of Parliament in 1990.

4. Tawfik explains; "Mahathir called me into his office before the election. I was with my journalist friends when he called, so they started joking that I was going to be a deputy minister. Sorry to disappoint them...I went to see Mahathir and the first thing he said was, "You know not every son can be like his father", Tawfik recalls, "I thought to myself, 'bloody insult'". Then he continued, "All of my backbenchers have to be people who stand up when I walk in, thump the table and say, Long Live Mahathir! And my Ministers are not supposed to think for themselves. I think and they do what I want them to do."

Tun memberikan sebab yang menyebabkan tawfik menuduh tun sebegitu rupa.

5. "I'm thinking this man does not have a high opinion of his Ministers. He actually says, I don't want intelligent, honest, hardworking people in politics. People like you should be in business."

Ini mudah difahami.

6. I hope Tawfik had a clear conscience whe he said all these. I cannot imagine myself saying that "my backbenchers have to be people who stand up when I walk in, thump the table and say Long Live Mahathir!"

7. People did stand up when I walk in, but that is common politeness in Malaysia. I stood up when the Tunku or Tun Razak or Hussein Onn came into a room where I and others were. But when I was Prime Minister nobody ever thumped the table and say "Long Live Mahathir!"

Okay, kebiasaaan berdiri mendengar taklimat dari pihak atasan adalah biasa. Berdiri sambil menyebut "Long Live Mahathir!" adalah fitnah yang dilakukan oleh saudara Tawfik


8. As to saying to Tawfik, "my Ministers are not supposed to think for themselves. I think and they do what I want them to do."

9. This is sheer fabrication. No Prime Minister ever called in a candidate to tell him that he would be made a deputy minister or minister when he wins an election. I had never talked about reshuffling nor about the quality of the ministers to be appointed.

Hehhe tawfik perasan nak jadi menteri rupanya.

10. I think it would be difficult for people to remember Tawfik and what he stood for. His performance as an UMNO backbencher was not in any way remarkable. He was not even an ordinary member of UMNO's Supreme Council. Even at division level he did not shine.

Tawfik tak da pencapaian yang memberansangkan. so bagaimana beliau harap dapat dipilih menjadi menteri.


11. He was picked to be a candidate two times. His name was proposed by Johor UMNO, I think. I had no problems approving his candidature. As the son of a much respected UMNO Leader, he was naturally regarded as qualified. But he did not distinguish himself in any other way. I don't know whether he was a youth leader or not. Certainly he performed no exploits in the youth or in the UMNO hierarchy.

simple.


12. On the basis of his lacklustre performance I did not consider him to be good material to lead UMNO.

Penilaian yang dibuat Tun adalah adil. Walaupun tawfik adalah anak kepada bekas pemimpin umno yang terkenal, tetapi disebabkan oleh dirinya sendiri yang lemah, maka ia bukanlah tiket untuk menjamin tempat sebagai pemimpin kepada tawfik.


13. I don't know whether anyone has noticed that I frequently reappointed for the Cabinet people who had openly tried to bring me down. Kadir Sheikh Fadzir, Syed Hamid Albar, Rais Yatim, Abdullah Ahmad Badawi were all supporters of Tengku Razaleigh Hamzah in the contest for President of UMNO. Yet they were all reappointed as Ministers. I don't remember whether they stood up and shouted "Long Live Mahathir!" or not but I think they did stand up together with others when I came into the room where they were. One even became my anointed successor to the Presidency of the party and Prime Minister.

Ini benar. Ramai yang telah dibuang dan memusuhi tun, masih boleh diterima dan dilantik sebagai menteri sekiranya mampu menjalankan tugas. tun memilih calon atas kebolehan calon tersebut dan bukanlah disebabkan bodek.


14. When something does not happen, people would not even notice it. Yet far from asking people to shout "Long Live Mahathir!", the first thing I did when I became Minister of Education was to tell my staff that the practice of giving the Minister's name to schools is to be stopped forthwith. There should also be no pictures of the Minister displayed prominently in the schools and offices. Today there is nothing named after me except an orchid flower. I had rejected all requests for naming anything after me. I never liked personality cults.

Tun dilihat sebagai seorang yang humble.

15. Some UMNO members who attended the Annual General Assembly might remember my asking them not to praise me. Muslims must know that all praise be to Allah. But they still called me "the beloved one" etc. But people now know how many of my former ministers bad mouthed me after I stepped down.

Tak perlu agungkan Tun.

16. Tawfik says that, "I don't want intelligent, honest, hardworking people in politics. People like you (i.e. being intelligent, honest and hardworking) should be in business."

17. He calls this a backhanded compliment. In effect he was complimenting himself by repeating this. I don't think I ever said this about him. Politicians and businessmen can all have the same qualifications.

18. The plea that he had no capital to go into business does not jive with his bitterness over what he alleged I said. Was he really thinking that I would give him the capital?

19. Tawfik said he felt I had not given him time to mull over what I said and he thought, "What could I say to him that would buy him time to mull over it".

20. He ended up asking about Datuk Shahrir Samad and I spoke for 40-minutes. That's an unduly long time for me to speak about anyone to him. Apparently he was not listening as he was taking notes! Of what?

Ini menunjukkan Tun masih mampu untuk mengingati setiap apa yang berlaku.

21. His parting shot was meant to hurt my feelings. He said, "Datuk Seri, the best years of my life in politics were when I was fighting you". He then smiled and felt good doing it.

Tawfik cuba buat sarcaastic atau sarkas.

22. I was not aware that he was fighting me. Even if he was he should have noticed that I am not vengeful and was ready to accept those who fought against me as my ministers. In fact I named one of them as my successor.

23. He must have wanted to say all these things in public all this while. The interview on his biography of his father gave him that opportunity.

Tawfik memburukan Tun dalam autobiografi bapaknya. Jadi aku tak akan beli buku bapaknya.

24. If people want to believe that I am the kind of person who gets a kick out of forcing people to respect me, they can believe it. Those who know me well would probably doubt the truth of what Tawfik said. I don't expect they would vouch for me. But that is alright. My conscience is clear.

Thursday, February 12, 2009

Orang Ulu

Post terkini di blog Tun Mahathir adalah berkaitan Orang Ulu. Tun menulis diatas respon mengenai PPSMI. Apa yang boleh difahami dari penulisan Tun ialah, Tun tidak secara terang menulis mengenai PPSMI. Secara kiasan dapat difahami apa yang dimaksudkan oleh Tun.

Dibawah adalah post tersebut.



1. Waktu saya kecik lebih kurang 70 tahun dahulu saya sering jumpa orang ulu (bukan suku kaum Sarawak), tapi orang ulu Kedah.


Tun memulakan penulisan dengan ayat yang mudah. Secara tersirat memberitahu umurnya (secara tepat) melebihi 70 tahun. Sekarang Tun telah berumur 83 tahun.


2. Ada yang terdiri daripada adik-beradik Mak saya. Ada Tok Karin (loghat Kedah - Kaghin), Lebak, Din, Mak Chah, Mak Bedah, Mak Doh. Orang pekan anggap orang ulu ini agak kolot dan lekeh. Mereka jalan kaki, naik perahu untuk ke pekan Alor Setar (Aloq Staq). Tak pakai kasut pun.

Tun secara ringkas menerangkan tentang saudara mara beliau. dan memberikan gambaran secara ringksa mengenai situasi 70 tahun dahulu.

3. Bahasa mereka juga lain daripada bahasa kami orang pekan. Sesungguhnya mereka tak tahu apa. Bawak buah sikit, padi huma, beras pulut, sebagai buah tangan. Kadang-kadang mereka tidur di rumah tak perlu katil, hampar tikar sudah cukup.

Ini memang benar. Cerita tok wan saya. Orang dulu memang hidup dalam kesederhanaan. apa yang diceritakn Tun diatas, agak berada orang ulu yang dimaksudkan.

4. Di sekolah Inggeris ramai juga anak orang ulu belajar bersama saya. Mula kekok sikit tetapi cepat faham dan guna bahasa Inggeris. Nampak tak bodoh sangat orang ulu ini. Kadang-kadang lulusan lebih baik daripada anak orang pekan.

Tun meningkatkan esteem orang ulu. memang benar, sekiranya diberi peluang, apa-apa pun boleh dilakukan. semua orang asalnya bodoh. Cuma yang membezakan ialah pelajaran.

5. Saya ke universiti. Budak Melayu tak ramai. Tapi di antara mereka ada juga anak orang ulu, terutama di Fakulti Sastera. Lulus Bachelor of Arts (B.A. - Sarjana Muda Sastera) mereka sertai Kerajaan, ramai di Kementerian Luar. Jadi second secretary (setiausaha kedua), first secretary (setiausaha pertama) dan kemudian jadi duta.

Orang ulu berpeluang menjawat jawatan yang tinggi. Itu pun kalau ada peluang.

6. Boleh juga cakap orang putih dengan orang putih, anak orang ulu ni. Boleh berhujah dan bergaya sebagai Pak Duta.

Ayat yang mudah. Kalau belajar mestilah boleh!


7. Sebenarnya ramai anak orang ulu yang belajar sehingga dapat Phd. (Doktor Falsafah) di universiti luar negara kembali jadi pegawai tinggi Kerajaan.

Ayat yang mudah. Kalau belajar mestilah boleh!

8. Sekarang anak orang pekan pun susah nak kerja di luar negeri. Tak suka cocktail party kerana segan nak bercakap. Orang asing nak cakap bahasa lain, kerap kali guna bahasa Inggeris. Tetapi ini bukan masalah. Yang jadi masalah di cocktail party orang minum arak. Sebab itu pegawai tak suka pergi cocktail party.

Tun membuat telahan tepat. Memang rata2 pelajar samada pekan atau kampung sudah tidak berkebolehan bercakap dalam bahasa inggeris. Saya pun masih tergagap-gagap jugak. Hahaha alasan ada minuman keras tidak boleh diterima. Kebiasaannya minuman selain arak ada disediakan. Yang jadi masalah utama adalah tidak boleh bercakap dalam bahasa inggeris.



9. Yang suka pergi cocktail party pegawai bukan Melayu. Mereka boleh bergaul dengan orang asing, bercakap dengan mereka bukan main fasih lagi, dan sudah tentu minum arak. Tetapi berguna juga mereka kerana mereka dapat dengar dan faham pendapat duta-duta asing.

Ayat yang mudah. Ini mudah difahami.

10. Nampak sekarang sama saja - anak orang ulu atau anak orang pekan. Dulu kedua-dua boleh, sekarang kedua-dua pun tak boleh.

Setuju!


11. Pada pengalaman saya sejak 70-tahun dahulu, anak orang ulu ada kebolehan, tak kolot, tak lah lekeh sangat. Bila diberi peluang boleh buat. Anak kawan saya, Hassan Nawin (orang ulu dalam kelas saya) jadi pilot Boeing 747. Ada yang jadi doktor, pakar bedah, peguam, duta dan macam-macam lagi.

Saya boleh rasakan yang semua disebutkan Tun mesti mahir berbahasa inggeris.


12. Rupa-rupanya mereka tak begitu lekeh. Janganlah perlekeh orang kampung, orang ulu dan orang luar bandar. Mereka boleh, kalau diberi peluang. Kalau tak percaya, buat kajian. Yang pegang jawatan tinggi, yang cakap bahasa Inggeris macam orang Oxford siapa? Ramai juga orang ulu.

haHAHAHA yang ini No Komen.

13. Saya sendiri tak mimpi jadi doktor. Zaman saya di sekolah, doktor Melayu yang saya tahu hanya Doktor Arif, Pulau Pinang.

14. Tetapi saya dapat peluang, dapat juga lulus sampai jadi doktor. Kita serba boleh. Tetapi kalau orang sekat peluang saya mana saya nak tahu saya boleh atau tidak.

15. Demikian nasib orang Melayu bandar dan luar bandar. Dulu Mat Salleh (orang putih) anggap orang Melayu bodoh, tak boleh pegang jawatan. Sekarang orang Melayu sendiri anggap Melayu kampung bodoh.

perkara 13, 14, 15 Tun masih sayangkan bangsanya.

16. Hai lah nasib!

Tun sememangnya pemimpin yang terbilang!!


---------------
kesimpulan dari apa yang ditulis oleh tun ialah,

Berilah peluang kepada bangsa melayu!!! kerana melayu itu boleh lakukan apa saja!!

Tulisan Tun Mahathir

Saya suka dengan karya penulisan Tun.
Ayatnya mudah difahami, tepat dan bernas.
Tak perlu berbunga-bunga.


Untuk itu saya wujudkan blog ini, khas untuk memahami stail penulisan Tun Mahathir.